Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Angkatan Bersama yang baharu dilantik

Panglima Angkatan Bersama yang baharu dilantik

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki, Ketua Eksekutif MIDAS (Malaysian Institute of Defence and Security) dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama yang baharu menggantikan Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman  berkuatkuasa mulai hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini dengan disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman telah memegang tampuk pemerintahan Markas Angkatan Bersama semenjak 10 Julai 2018 yang lalu dan akan bersara setelah hampir 42 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebelum itu, Majlis Serah Terima Tugas Ketua Eksekutif MIDAS turut diadakan diantara Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi Mohd Zuki dengan Laksamana Madya Dato’ Ganesh Navaratnam.

Turut hadir ke majlis adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi Manaf; Panglima-panglima perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan Markas Angkatan Bersama serta MIDAS.

 

Related Articles

Leave a Reply