Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Zamrose panglima baharu Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

Zamrose panglima baharu Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

by Air Times News Network

KUCHING, 2 Nov – Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Stephen Mundaw hari ini menyerahkan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat kepada penggantinya Lt Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

Upacara perbarisan serah terima tugas itu berlangsung di Padang Kawad Kem Muara Tuang di sini.

Upacara menandatangani nota serah terima tugas serta penyerahan tongkat kuasa dan bendera Pemerintahan Medan Timur disaksikan oleh Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Petugas 450 Mej Jen Datuk Zulkapri Rahmat.

Bercakap kepada media selepas majlis berkenaan, Mundaw berpesan kepada pegawai dan anggota yang akan meneruskan perjuangan dan warisan tentera darat agar berkhidmat dengan penuh komitmen dan berdedikasi.

“Apa sahaja yang kita buat hendaklah kita fokus dan melakukannya dengan sebaik mungkin.

“Jangan buat tugas bagai melepaskan  batuk di tangga. Itulah prinsip yang saya pegang sepanjang 41 tahun dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata prinsip itu boleh menjadi panduan kepada anak muda yang berminat berkhidmat dalam angkatan tentera.

Mundaw turut mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas media yang selama ini membuat liputan aktiviti-aktiviti beliau.

Beliau yang bersara wajib mengakhiri perkhidmatannya selama 41 tahun berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Related Articles

Leave a Reply