Home SemasaGlobal Abu Sayyaf bebas tiga nelayan Indonesia

Abu Sayyaf bebas tiga nelayan Indonesia

by Air Times News Network

JOLO – FILIPINA, 18 Sept – Tiga nelayan Indonesia yang ditawan militan Filipina di selatan negara itu dibebaskan semalam, 18 bulan selepas mereka diculik, kata tentera.

Mangsa diculik Januari 2017 lalu ketika menaiki bot laju di luar pulau paling selatan di Tawi-Tawi.

Jurucakap tentera serantau, Leftenan Kolonel Gerry Besana berkata, ketiga-tiga rakyat Indonesia itu dibebaskan di bandar Indanan lalu diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Tiada wang tebusan dibayar,” kata Besana sambil menambah kumpulan militan itu masih menahan 11 tawanan termasuk warga Belanda yang diculik pada 2012 dan rakyat Vietnam.

Militan Abu Sayyaf terkenal memenggal tawanan kecuali wang tebusan dibayar.-AFP

Related Articles

Leave a Reply