Home Semasa Tular Muhyiddin letak jawatan adalah palsu

Tular Muhyiddin letak jawatan adalah palsu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Mesej tular mengenai peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Parlimen Pagoh dinafikan hari ini oleh Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim.

“Saya ingin memaklumkan bahawa mesej tersebut adalah palsu,” katanya melalui kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.

Hafiz menegaskan penyebaran berita palsu adalah kesalahan di bawah undang-undang negara.

“Tindakan tegas boleh diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan ini,” katanya. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!