Home Semasa Pulau Pinang dilanda banjir lagi

Pulau Pinang dilanda banjir lagi

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 30 Jul – Hujan lebat sejak jam 1.30 pagi tadi mengakibatkan kebanyakan kawasan di negeri ini dinaiki air.

Difahamkan, kejadian itu turut diburukkan lagi dengan kejadian air pasang yang direkodkan berlaku pada jam 3.50 pagi, mengakibatkan aliran air di sungai melimpah ke kejiranan setempat.

Antara kawasan yang terjejas dengan kejadian banjir kilat itu termasuklah di Jalan Perak, Jalan P Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan sebahagian kawasan Tanjung Tokong, di sini.

Kejadian itu antara lain mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit, selain tiada pusat penempatan sementara dilapor dibuka bagi mangsa banjir kilat.

Related Articles

Leave a Reply