Home PolitikBarisan Nasional Saya perlukan semua undi Pas, tumbangkan PH – Lokman

Saya perlukan semua undi Pas, tumbangkan PH – Lokman

by Nurulhuda

SHAH ALAM , 24 Jul – Calon BN PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mengharapkan pengundi Pas memberi undi kepadanya.

Menurutnya, hasrat beliau itu selaras dengan saranan pemimpin Pas yang mahu PH ditumbangkan dalam PRK kali ini.

Katanya, jika undi pengundi Pas memihak kepadanya, beliau yakin PH dapat disaingi.

“Saya perlukan semua pengundi Pas yang keluar dan tak keluar pada PRU14,  untuk sama-sama berikan undi kepada BN.

“Janganlah undi selain BN kerana ia  tidak akan buatkan kejayaan pada BN untuk tumbangkang PH,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui ketika sesi ‘walkabout’ bersama pengundi di Jalan Kebun hari ini.

Dalam pada itu, ketika menyentuh mengenai kerjasama beliau dengan pemimpin Pas untuk merealisasikan matlamat agar PH ditumbangkan, Lokman berkata, perbincangan sedang dijalankan.

“Alhamdulillah, kerjasama, Insya-ALLAH mereka (pemimpin Pas-BN) sedang berbincang cara dan bentuk untuk diterjemahkan,” katanya.

Dalam pada itu jelasnya, beliau yakin kepimpinan Pas ikhlas dalam bersoladariti bersama dengan BN.

“Perkara ini dapat dilihat dengan Pas tidak meletakkan calon mereka di sini (Dun Sungai Kandis),  jadi bila Pas tak meletakkan calon itu isyarat jelas Pas mahu PH ditumbangkan di Dun Sungai Kandis,” katanya.

Justeru katanya, beliau menzahirkan ucapan  terima kasih kepada teman-teman Pas diatas komitmen  ini.

“Mereka beritahu akan turun dan sudah ada turun,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply