Malanjum, 65, me­ne­­rima surat cara pe­lantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sul­tan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Is­tana Negara di sini semalam.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md. Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.

Sejurus selesai upacara angkat sumpah tersebut, Sultan Muhammad V kemudian mengurniakan watikah pelantikan kepada Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan juga watikah kepada Datuk David Wong Dak Wah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Malanjum.