Home PolitikBarisan Nasional Jamal didakwa hari ini

Jamal didakwa hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Jul – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos akan didakwa hari ini atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan sah.

Jamal akan didakwa bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis, katanya dalam kenyataannya hari ini.

“Jamal juga menghadapi dua lagi kes jenayah dengan dua waran telah dikeluarkan terhadapnya sebelum ini”.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dihadapkan dua tuduhan melakukan gangguan awam.

Beliau bagaimanapun melarikan diri ketika proses ikat jamin berlangsung di Hospital Pakar Ampang Puteri, ketika sedang menjalani rawatan.

Selepas lebih sebulan bersembunyi, Jamal ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Julai lalu oleh polis Indonesia.

Jika didapati bersalah atas kesalahan lari daripada tahanan, beliau boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan gangguan awam, beliau juga berdepan hukuman sama – hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Jamal dijangka tiba di KLIA pada pukul 2.15 petang dan akan dibawa terus ke Mahkamah Majistret Ampang untuk didakwa.

Related Articles

Leave a Reply