Home PolitikBarisan Nasional Najib akan didakwa esok

Najib akan didakwa esok

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 3 Jul – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, 8.30 pagi esok.

Hari ini, Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan menahan Najib jam 2.35 petang tadi di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

Related Articles

Leave a Reply