Home Pertahanan dan Keselamatan Agong cemar duli hadiri majlis Hari Raya Aidilfitri ATM

Agong cemar duli hadiri majlis Hari Raya Aidilfitri ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Jul – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf.

Dalam majlis itu, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan raya kepada 53 warga ATM yang cedera serta diraikan dalam majlis terbabit.

Mereka terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota termasuk veteran ATM yang tercedera semasa penugasan operasi dan latihan seperti terkena jerangkap samar dan sebahagiannya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perkhidmatan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bergambar bersama Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi Abd Manaf, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima-Panglima Perkhidmatan

Related Articles

Leave a Reply