Home Pertahanan dan Keselamatan Kuliah pertama program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan untuk warga TLDM

Kuliah pertama program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan untuk warga TLDM

by M.Daim

LUMUT, 1 Julai – Seramai 30 orang warga TLDM (The Navy People) telah hadir bagi mengikuti kuliah pertama yang diadakan di KD Sultan Idris I (KDSI I) dengan usahasama UNITAR International University. Sesi permulaan merupakan taklimat program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan diikuti dengan kelas Pengurusan Ekonomi.

TLDM kini menyediakan peluang bagi pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) secara sambilan dengan pembiayaan sendiri kepada pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat TLDM menerusi program khas dengan kerjasama beberapa universiti tempatan.

Pengajian peringkat Sarjana ini telah mendapat sambutan dari kalangan The Navy People di mana lebih 100 orang telah menyatakan minat mereka untuk mengikuti pengajian ini. TLDM telah memutuskan untuk melaksana program pengajian sedemikian di empat lokasi utama. Selain di Lumut, Perak yang bermula hari ini, pengajian ini akan turut dilaksana di Kota Kinabalu, Kuantan dan Kuala Lumpur.

Program pengajian di Kota Kinabalu akan bermula Ogos melalui kolaborasi TLDM bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) manakala pengajian di Kuantan bermula September bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Bagi The Navy People yang berkhidmat di Lembah Klang, program pengajian mereka dijangka bermula pada September 2018. TLDM ketika ini di peringkat akhir pemilihan universiti berikutan pakej pengajian yang menarik ditawarkan oleh beberapa buah universiti tempatan.

The Navy People yang menyertai pengajian MBA ini akan mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghasilkan prestasi dan kualiti kerja yang tinggi disamping dapat dimanfaatkan semasa berkhidmat atau setelah besara.

Ia juga menyumbang ke arah melahirkan pemimpin yang berfikiran strategik dan inovatif.

Terdahulu, inisiatif program pengajian TLDM ini telah dikenali sebagai ‘KEEL’ (Knowledge Empowerment through Enhancement Learning), selaras dengan maksud perkataan itu iaitu tulang belakang kapal – menandakan bahagian penting kepada sesuatu struktur atau organisasi.

Program pengajian MBA ini juga merupakan inisiatif TLDM untuk meningkatkan kualiti modal insan demi mendukung pelan transformasi 15 to 5.

Related Articles

Leave a Reply