Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, latihan itu penting untuk terus disertai bagi memberi pendedahan kepada anggota TUDM mengenai keadaan sebenar di medan peperangan.

“Kami tidak mahu ketinggalan hasil selepas simulasi itu kami akan dapat tahu di mana kekurangan dan di mana kita (kemampuan) banyak yang boleh dipelajari dengan menjadi sebahagian daripada latihan ini,” katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-60 Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Pangkalan TUDM di sini hari ini.

Latihan Pitch Black yang dianjurkan RAAF bertujuan membantu petugas angkatan udara untuk mengamalkan pertempuran operasi lawan udara (offensive Counter Air atau OCA) dan Kaunter Pertahanan Udara (DCA) dalam persekitaran peperangan simulasi.

Affendi berkata, seramai 73 anggota TUDM akan menyertai latihan selama tujuh hari itu di Darwin, Australia.

Selain Malaysia tujuh negara yang turut menyertai latihan itu ialah Singapura, India, Thailand, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Emiriah Arab Bersatu.

146 orang dari kontinjen TUDM serta 21 orang dari kontinjen Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) terlibat dalam menjayakan perbarisan pada pagi ini – Foto Air Times M.Daim