Menurutnya, dua pertiga daripada usianya dihabiskan dalam bidang ketenteraan dalam usaha memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd. Zaki Mokhtar

“Sebagai warganegara Malaysia saya berasa puas kerana dapat berbakti kepada tanah air tercinta.

“Malah,kepada anak muda saya nasihatkan supaya kita bersama-sama menjaga dan memelihara keamanan yang telah kita nikmati selama ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat dan Serah Terima Tugas Panglima Medan Timur Tentera Darat di padang kawad Kem Muara Tuang di sini sebentar tadi.

Menjelas lanjut,Zaki berkata,antara pengalaman mencabar beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah Timur sepanjang tujuh tahun lalu ialah menangani pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

“Alhamdulillah… pencerobohan kesultanan Sulu telah dapat ditangani dengan sebaiknya dan kedaulatan negara terus dapat dipertahankan.

“Selagi ada darah perjuangan dalam diri kita akan menentang habis-habisan anasir yang cuba memporak-perandakan negara,”ujarnya.

Sementara itu,Pegawai Memerintah Timur Tentera Darat yang baharu, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw berharap kepimpinan baharu akan memacu kecemerlangan dalam Tentera Darat.

“Kita sedia meneruskan ketumbukan legasi yang cemerlang dalam memastikan pertahanan negara disegani,” jelasnya.

Stephen yang berasal dari Sri Aman juga menggangap kepercayaan yang telah diberi pucuk pimpinan sebagai penghargaan besar bagi dirinya.