Home PolitikPakatan Harapan Pelik, kenapa nak tunggu lepas PRU14? – Mahfuz

Pelik, kenapa nak tunggu lepas PRU14? – Mahfuz

by Nurulhuda

KUALA LUMUR, 16 Apr  – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Mahfuz Omar mencabar Pas mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sekarang berhubung pendedahan yang dibuatnya mengenai ada pimpinan Pas menerima sejumlah wang daripada Umno.

Mahfuz melalui satu kenyataan menyelar Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sejurus selepas PRU14.

“Beliau (Satiful) dikatakan sudah berbincang dengan peguam Lajnah Undang-Undang Terengganu bagi maksud tersebut”, ujarnya.

“Pelik dan kelakar. Kenapa perlu tunggu selepas PRU14? ,”soalnya lagi.

Menurut Mahfuz, Satiful sewajarnya mengambil tindakan segera kerana selagi tiada sebarang tindakan undang-undang diambil, isu tersebut akan menjadi bahan perbualan masyarakat khususnya pengundi-pengundi Pas dan ia akan memberi kesan buruk kepada Satiful dan dua pihak lagi.

“Adakah Saitiful sanggup membiarkan imej partinya dilihat buruk dengan menerima dana dari Umno?, soalnya.

Sehubungan itu, Satiful dan dua rakannya atau PAS sewajarnya mengambil tindakan undang-undang seberapa segera yang boleh jika mahu imej PAS dilihat bersih di kalangan pengundi lebih-lebih lagi di kalangan ahli PAS sendiri yang mana sekarang sudah berbunyi di sana sini bahawa Pas dan pimpinannya mendapat duit dari Umno.

“Ini maruah Pas. Tidak cukup sekadar menafikan sahaja. Orang gila juga nafikan dia gila. Tetapi untuk menentukan dia gila atau tidak, perlu diperiksa oleh doktor pakar,”katanya.

Tambahnya, Pas juga perlu membuktikan mereka tidak terima dana Umno seperti didakwa dengan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

“Semua bukti termasuk akaun bank yang didakwa boleh dibuktikan kewujudannya di mahkamah.

“Satiful dan Pas tidak perlu menunggu selepas PRU14 baru nak failkan tindakan. Yang akan memfailkan kertas-kertas kausa di mahkamah adalah peguam bukannya Satiful,”ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply