KUALA LUMPUR, 11 Apr – Sebaik sahaja Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal diadakan pada hari Rabu, 9 Mei 2018, ramai pemimpin gabungan pembangkang PKR ‘meloncat’ membuat kritikan.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Anuar bin Abd. Manap berkata sekiranya PRU jatuh hari apa pun, mereka (pembangkang) tetap akan mempertikaikan hal tersebut. PRU pernah berlaku semasa di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad iaitu pada PRU-11 yang mana ia jatuh pada hari Isnin, 29 Nov 1999.
“Jadi, dimanakah salahnya PRU kali ini jatuh pada hari Rabu?, ujarnya lagi.
“Terdapat juga akta pilihanraya yang membenarkan majikan kena lepaskan pekerja keluar melaksanakan tangungjawab untuk mengundi”, tambahnya lagi.
“Nampak mereka yang takut kalah…” jelasnya.
Anuar berkata daripada kita bentang persempadanan pilihanraya kelmarin, mereka asyik bagitahu kita main taktik kotor dan sebagainya.
Adakah sesuatu yang luar biasa apabila pilihan raya umum diadakan pada hari bekerja? Sudah tentu tidak.