Home Semasa PRU14: Cuti Peristiwa Khas Sekolah diumum 9 Mei

PRU14: Cuti Peristiwa Khas Sekolah diumum 9 Mei

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Kementerian Pendidikan Malaysia semalam telah mengeluarkan kenyataan berhubung aktiviti sekolah pada hari membuang undi pada 9 Mei 2018.

Menurut kenyataan media tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan untuk memberi Cuti Peristiwa Khas kepada semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pada hari tersebut.

Kenyataan media rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia yang disiarkan di akaun sosial Twitter rasmi Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzri Khalid. (@MahdzirKhalid)

Ini kerana sejumlah 6,941 buah sekolah yang meliputi 68% jumlah keseluruhan sekolah di seluruh negara akan dijadikan sebagai pusat pengundi bagi PRU14 akan datang. Ini sekaligus memberi ruang kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya malaysia (SPR) untuk melaksanakan proses pilihanraya dengan lancar tanpa terganggu dengan sesi persekolahan.

Dalam kenyataan media yang sama, Kementerian Pendidikan turut menjelaskan cuti peristiwa ini turut melibatkan sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi. Sekolah yang mempunyai dua sesi hendaklah menangguhkan persekolahan sesi petang pada 8 Mei 2018 bagi tujuan persiapan hari mengundi oleh SPR.

Selain daripada itu cuti peristiwa ini tidak melibatkan penutupan asrama murid bagi sekolah-sekolah yang berasrama.

Kenyataan media tersebut turut disiarkan di akaun Twitter rasmi Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

Related Articles

Leave a Reply