Home PolitikPakatan Harapan Mahfuz bukan tiket AMANAH ‘duduk senang’:Nadzri

Mahfuz bukan tiket AMANAH ‘duduk senang’:Nadzri

by Nurulhuda

Kota Bahru, 16 Mac –  Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor  menyatakan kemasukan bekas pemimpin tertinggi PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menganggotai AMANAH pada 15 Mac lalu belum cukup untuk menjamin parti tersebut boleh ‘senang duduk’ menjelang PRU14 nanti.

Beliau menambah, AMANAH masih terlalu mentah dan baru walaupun kini dibarisi mereka yang berpengalaman dalam dunia politik tanah air.

“Kemasukan Mahfuz di dalam AMANAH bukan satu hal yang menghairankan. Beliau tergolong dalam kumpulan profesional dalam PAS, dan ramai rakan daripada golongan itu telah pun keluar dan mendirikan AMANAH.

“Sedikit sebanyak tindakan Mahfuz ini akan beri kesan pada PAS juga. Mungkin akan lebih memperkukuhkan lagi Amanah, dalam konteks barisan pemimpin yang terdiri daripada orang lama dalam politik.

“Bagaimanapun, AMANAH masih kekurangan ‘support base’ (sokongan akar umbi) yang membolehkan parti itu selayaknya berada satu baris dengan musuh perjuangannya itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Related Articles

Leave a Reply