“Selama ini pelbagai bantuan dan pembelaan dibuat Kerajaan Persekutuan dengan memberi fokus kepada keperluan rakyat di pelbagai peringkat di seluruh negeri ini.

“Perjuangan memantapkan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi denyut nadi kepimpinan UMNO tanpa memilih bulu atau mempersoalkan perbezaan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pengagihan cermin mata percuma kepada rakyat berusia 40 tahun ke atas di Kompleks Uthmaniyah Pulau Lima, di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkefli Ali.

Seramai 5,000 penerima terdiri daripada golongan rabun dekat menerima cermin mata percuma tersebut sempena Program Touch Point Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.