Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Fadzlette wanita pertama Tentera Darat dinaikkan pangkat Mejar Jeneral

Fadzlette wanita pertama Tentera Darat dinaikkan pangkat Mejar Jeneral

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Brigadier  Jeneral Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral, hari ini.

Pemakaian pangkat itu menyaksikan Fadzlette muncul satu-satunya wanita yang masih berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memakai pangkat berkenaan.

Pemakaian pangkat beliau disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabat beliau di Putrajaya petang tadi.

Fadzlette berkhidmat selama 37 tahun bersama ATM, antara wanita yang menjadi kumpulan pertama diambil untuk berkhidmat secara tetap dalam cabang darat ATM pada tahun 1980.

Beliau menjawat jawatan selaku Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri sejak tahun 2015 ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply