Home SemasaGlobal Strategi Trump lebih baik daripada Obama – Presiden Afghanistan

Strategi Trump lebih baik daripada Obama – Presiden Afghanistan

by Air Times News Network

NEW YORK, 20 Sep – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hari ini berkata bahawa strategi Presiden AS, Donald Trump untuk menangani pergolakan di Afghanistan adalah lebih baik dengan menggunakan pendekatan serantau berbanding pendahulunya yang didakwa gagal.

Ghani turut menegaskan bahawa bekas Presiden Barack Obama tidak mempunyai sebarang hubungan di Afghanistan. Menurutnya lagi, bekas Presiden Afghanistan, Hamid Karzai turut mengkritik dan menghina dasar serta pasukan tentera antarabangsa yang diketuai AS sewaktu pimpinan Obama ketika itu.

“Presiden Trump bukan sekadar individu, tapi sekumpulan rakan kongsi di Afghanistan,” kata Ghani kepada Persatuan Asia ketika menghadiri Majlis Umum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York. Pada masa yang sama, Ghani berkata, “Strategi pentadbiran Trump mempunyai keunikan rundingan yang besar dengan kami”. Keputusan Obama untuk mengekalkan beberapa pasukan tenteranya di Afghanistan hanya “memastikan kelangsungan hidup kita”.

Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis pada Isnin yang lalu menyatakan bahawa lebih dari 3,000 pasukan tentera tambahan AS ditempatkan ke Afghanistan di bawah strategi baru yang diumumkan pada bulan lalu. Bilangan tentera AS akan ditambah sehingga 14,000 daripada 100,000 di bawah pimpinan Obama.

Semasa memberikan keterangan, Trump berjanji akan melaksanakan operasi menentang militan Taliban dan komitmen terbukanya kepada penasihat ketenteraan dan unit anti keganasan AS.

Beliau juga bersumpah untuk mengambil langkah yang lebih tegas untuk mengakhiri apa yang diterimanya dari pegawai AS dengan mendakwa Pakistan telah memberi perlindungan dan sokongan kepada militan Taliban dan juga kumpulan pelampau yang lain, namun Pakistan menafikan tuduhan itu.

Ditanya bagaimana bentuk strategi Trump yang berbeza berbanding Obama, Ghani berkata rancangan Trump mengambil “pendekatan serantau” dan membuka peluang rundingan damai bukan sahaja memberi keuntungan kepada pasukan tentera, namun, mendapat pengalaman yang lebih kerana pengurangan besar-besaran dalam pasukan tentera antarabangsa yang diketuai AS di bawah Obama. Ini memaksa rakyat Afghanistan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pertempuran, kata Ghani.

Apabila diajukan soalan mengenai militan Taliban telah memperluas kawalan wilayah mereka, Ghani menyalahkan ketidakupayaan polis untuk mempertahankanya. Jelasnya lagi, fasa seterusnya ialah pembaharuan semula pasukan keselamatan Afghanistan dan akan memberi tumpuan yang lebih kepada organisasi polis. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply