Home SemasaGlobal Durian Dieksport Terus Ke China Dalam Tempoh Setahun

Durian Dieksport Terus Ke China Dalam Tempoh Setahun

by Air Times News Network
https://youtu.be/j-ES9YEe26o

SERDANG, 13 Sept – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjangka buah durian Malaysia akan dapat dieksport terus ke China dalam masa setahun ke dua tahun akan datang.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata melalui kerjasama yang terjalin antara kementerian dan Kerajaan Wilayah Autonomi Guanxi Zhuang, satu program mempromosi ‘Raja Buah’ itu dikenali sebagai ‘Festival Durian, Road To Nanning’, akan diadakan pada 20 hingga 22 Oktober di Nanning.

“Buat masa ini Malaysia hanya dibenarkan mengeskport durian yang diproses atau yang telah disejuk beku ke China ataupun durian kita perlu melalui jalan ketiga iaitu melalui Hong Kong atau Thailand untuk masuk ke negara itu, ” katanya.

Eksport ke China buka ruang pasaran lebih besar

Beliau berkata festival ini penting untuk Malaysia kerana akan membuka ruang pasaran yang lebih besar kepada pengusaha industri durian tempatan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan di China yang berpotensi untuk menawarkan harga buah durian yang lebih tinggi.

-BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply