Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, walau bagaimanapun setakat ini Malaysia masih belum menerima permohonan dari negara jiran itu untuk tujuan berkenaan.

“Kebiasaannya, negara yang mengalami bencana akan memohon walaupun kita telah bersedia. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah ada kapal yang sedia untuk diatur gerak.

“Anggota Tentera Darat pun bersedia. Jadi, sekiranya diperlukan kita sedia membantu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Maal Hijrah Peringkat ATM di Masjid Khalid al-Walid di sini, hari ini.

Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – UTUSAN ONLINE