KUALA LUMPUR, 4 Dis – Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan akan membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin berhubung dakwaannya konon tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng adalah perancangan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.
Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan berkata penulisan Raja Petra bertajuk ‘The Fake Ashes Of Chin Peng’ yang disiarkan hari ini adalah satu fitnah.
“Timbalan Menteri Pertahanan tidak pernah membuat sebarang komen tentang perkara terbabit dan memandang serius tulisan fitnah Raja Petra,
“Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan akan membuat laporan polis terhadap fitnah. Sementara itu, semua pihak diminta bertenang dan tidak menyebarkan fitnah jahat tersebut,” kata kenyataan itu.
Laporan itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada jam 11 pagi.

Izinkan saya mulakan dengan mengucapkan tahniah kepada MIDAS atas kejayaan menganjurkan Persidangan MIDAS tahun ini. Saya berpeluang mengikuti beberapa perbincangan hari ini dan berasa yakin bahawa perbincangan awal tadi bermutu tinggi dan sangat relevan dengan persoalan keselamatan negara pada masa akan datang.
Atas sebab ini, saya percaya bahawa MIDAS memainkan peranan yang penting. Sebagai badan pemikir Kementerian Pertahanan, ia harus berkhidmat sebagai pengkritik kerajaan yang jujur dan membina, dan berada di baris hadapan pemikiran strategik sambil membantu MINDEF serta agensi-agensi lain bergerak maju merangkul pemikiran dan idea-idea inovatif baharu. Sebagai institusi isu-isu pertahanan Track II yang utama, MIDAS juga memainkan peranan yang penting dalam upaya diplomasi pertahanan antara negara-negara luar, memudahcara percambangan pendapat secara jujur dengan rakan-rakan kongsi luar, yang kadang kala sukar dilakukan secara rasmi. MIDAS haruslah proaktif membina rangkaian dengan badan-badan pemikir utama di rantau ini selain membuka ruang perhubungan dengan rakan-rakan kongsi luar dan juga orang awam.
Saya juga percaya bahawa harus ada lebih banyak interaksi antara anggota tentera dan penjawat awam di MINDEF. Satu cadangan yang telah saya kemukakan ialah supaya modul ketenteraan diperkenalkan kepada penjawat awam baharu di MINDEF, supaya mereka dapat mengalami sendiri cabaran yang dihadapi anggota tentera, yang saya rasakan sangat berharga apabila mereka meningkat ke kedudukan di mana mereka akan perlu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada anggota di bawah.


Calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng mula berkhidmat di kawasan Parlimen Tanjung Piai sejak 1990’an sebagai pembantu bekas presiden MCA, Ong Ka Ting. Sudah lebih 20 tahun beliau berada di sini, pun begitu semakin ramai penduduk tempatan meninggalkan Tanjung Piai untuk mencari rezeki dan kehidupan yang lebih baik di tempat lain.




Terlebih dahulu saya bagi pihak Jawatankuasa Negeri DAP Johor mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil negeri yang sudi hadir ke konvensyen tahunan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Setiausaha Agung Sdr. Lim Guan Eng dan juga Sdr. Lim Kit Siang atas kehadiran mereka yang menyempurnakan mesyuarat hari ini. Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Sdr YB Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor), Sdr YB Mazlan Bujang (Pengerusi PPBM Johor) dan Sdr Faizul Salleh (Wakil Parti AMANAH Johor) bersama kita pada hari ini.
Dunia kini berada di persimpangan bersejarah. Keruntuhan Tembok Berlin pada November 1989 menjadi isyarat jelas penghujung era Perang Dingin dan kemunculan tata-dunia baharu di mana Amerika Syarikat mampu berperanan sebagai kuasa besar tunggal di dunia. Dari pelbagai sudut, 2019 nampaknya menjadi tahun di mana dunia sekali lagi berada dalam keadaan ‘reset’.