Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia ulangi seruan laksana penambahbaikan PBB agar lebih inklusif

Malaysia ulangi seruan laksana penambahbaikan PBB agar lebih inklusif

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 – Malaysia mengulangi seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya penambahbaikan dilaksanakan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) demi memastikan institusi tersebut lebih inklusif, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Liew berkata  demikian ketika lawatan tiga hari ke Berlin pada 26 hingga 28 November lepas atas jemputan Friedrich Ebert Stiftung, sebuah yayasan berpangkalan di Jerman, untuk berucap pada persidangan hal ehwal antarabangsa dan keselamatannya, Tiergarten Conference.

“Tidak ada masa yang lebih sesuai berbanding ulangtahun ke-75 PBB pada 2020. PBB dan multilateralisme memerlukan seluruh negara-negara yang bersependapat untuk menentang polarisasi, yang semakin menjadi-jadi beberapa tahun ini sejak Presiden Donald Trump mula bertugas,

“Pada masa yang sama, para demokrat sosial perlu memastikan bahawa pentadbiran demokrasi yang membawa hasil kepada masyarakat termasuklah peluang pekerjaan, perumahan dan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak rasa kecewa paramarhaen, kata Liew dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, Liew berkata dasar berhemat yang dilaksanakan sepanjang dekad lampau di Eropah memperlihatkan bahawa semakin kerajaan berundur, semakin masyarakat marah dan membantu populis sayap-kanan mengembangkan pengaruh mereka.

“Pentadbiran demokrasi adalah penting bagi memastikan warga kedua-dua negara mempunyai kehidupan ekonomi yang bermaruah dan selayaknya. Selain itu, ia bagi mengelakkan warganya agar tidak menyokong para autoritarian dan populis yang bersayap-kanan, jelasnya lagi.

Sementara itu, dalam lawatan ke Jerman, Liew juga mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya, Parliamentary State Secretary to the Federal Minister of Defence, Thomas Silberhorn.

Liew dan Thomas turut membincangkan isu kerjasama pertahanan dua hala Malaysia-Jerman, penglibatan Jerman di Asia dan juga keperluan upaya di peringkat antarabangsa bagi mengelak perseteruan kuasa-kuasa besar.

Diiringi Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason, Liew juga mengadakan perbincangan bersama Minister of State at the Federal Foreign Ministry, Niels Annen bagi bertukar pandangan tentang prospek dasar luar Malaysia selepas perubahan kerajaan pada Mei 2018.

 

 

Related Articles

Leave a Reply