KUALA LUMPUR, 1 MARCH – Amerika Syarikat (AS) dan Israel mendakwa Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei terbunuh dalam serangan ketenteraan yang dilancarkan oleh AS dan Israel ke atas Tehran, pada semalam.
Menurut laporan antarabangsa, seorang pegawai kanan Israel mendakwa Khamenei maut dalam serangan udara pada 28 Februari lalu yang menyasarkan kepimpinan dan infrastruktur keselamatan Iran.
Bagaimanapun, media dan sumber rasmi Iran menafikan dakwaan tersebut serta menyifatkannya sebagai propaganda.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan bagi mengesahkan kematian beliau.
Laporan turut menyebut beberapa pegawai kanan keselamatan, termasuk individu berkaitan Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC), dipercayai terkorban. Namun, butiran lanjut masih belum disahkan secara bebas.
Sebelum ini, AS dan Israel telah memulakan serangan ketenteraan terhadap Iran pada awal pagi Sabtu (petang waktu Malaysia).
Tindakan agresif ini segera dibalas oleh Tehran menerusi serangan peluru berpandu balistik dan dron yang menyasarkan pangkalan tentera AS serta sekutunya di seluruh rantau Teluk. -airtimes.my









