Home SemasaGlobalSerangan balas Iran: Israel berada dalam mod perang

Serangan balas Iran: Israel berada dalam mod perang

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

WASHINGTON, 14 JUN – Duta Israel ke Amerika Syarikat (AS), Yechiel Leiter menyatakan bahawa Israel kini berada dalam keadaan peperangan dengan Iran.

Beliau yang bercakap kepada CNN memberitahu bahawa Israel ketika ini berdepan tiga gelombang dengan kira-kira 150 serangan peluru balistik daripada Iran.

Jelasnya lagi, Iran mempunyai sekitar 2,000 peluru berpandu balistik dan dijangka akan terus melancarkan serangan ke atas sasaran Israel, sambil menuduh republik itu menyasarkan orang awam.

“Israel berada dalam peperangan, bukan dengan rakyat Iran, tetapi dengan kerajaan Iran yang bertekad untuk memperoleh kuasa nuklear,” katanya pada Sabtu.

Dalam masa yang sama, Leiter menyatakan bahawa Israel belum dapat memastikan tahap sebenar kerosakan yang berjaya dilakukan ke atas infrastruktur nuklear Iran.

“Tanya saya soalan itu dalam empat atau lima hari lagi, dan saya akan memberikan penilaian yang lebih baik selepas pihak tentera menilai kerosakan yang berjaya dilakukan terhadap pelbagai tapak nuklear,” ujarnya.

Menurut analisis Israel, tindakan ketenteraan yang sedang dijalankan berpotensi untuk meneutralkan sepenuhnya keupayaan nuklear Iran.

#Iran #DutaIsrael #Infrastrukturnuklear #konfilk #peperangan #peluruberpandu #Airtimes

Related Articles

Leave a Reply