KUALA TERENGGANU, 11 Nov – Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera di Pahang sudah mengundi untuk PRU kali ini.
Beliau berkata, anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian.
“Saya dapat maklumat sahih bahawa anggota tentera, undi pos telah mula mengundi pagi ini, (dan ia) melanggar peraturan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), terutama untuk (kawasan) Parlimen Bera dan (mereka) dibayar RM300,” katanya ketika berucap di majlis ramah mesra di Kuala Terengganu hari ini.
Sehubungan itu, Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera bertindak menyiasat kejadian tersebut.
“Saya nak nasihatkan SPR, supaya mengambil tindakan tegas sekarang supaya tidak mencemarkan pelaksanaan pilihan raya,
Menurut calon PH untuk kawasan Parlimen Tambun itu mendakwa apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan UMNO-Barisan Nasional (BN) kini berada pada ‘tahap yang paling parah’.
“Jelas Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishamuddin Hussien) cemas,
“Mereka tahu BN berada di tahap paling parah sekarang dan mereka bersekongkol dengan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan ada penipuan dalam proses Pilihan Raya,
“Saya minta agar keadaan ini dibetulkan. Maknanya undi yang dilakukan pada hari ini oleh tentera, khususnya untuk Parlimen Bera ikut keterangan yang saya perolehi mesti dibatalakan dan lakukan undi semula pada 15 November nanti,” ujarnya.
SPR menetapkan hari mengundi ialah pada 19 Nov ini menakala bagi pengundian awal, pemilih yang terlibat boleh mengundi pada 15 November 2022. -airtimes.my