Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan sedia peruntukan penyelidikan dan pembangunan inovasi produk pertahanan

Kerajaan sedia peruntukan penyelidikan dan pembangunan inovasi produk pertahanan

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 22 JAN – Kerajaan menyatakan kesediaan untuk melabur secara strategik dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi produk pertahanan tempatan.

Langkah ini dilaksanakan melalui pelancaran portal industri pertahanan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang menyediakan kemudahan permohonan peruntukan R&D kepada syarikat tempatan. Inisiatif tersebut bertujuan menyokong syarikat yang terlibat dalam pelbagai sektor industri pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaburan dalam R&D adalah pemangkin utama kepada pertumbuhan industri tempatan. Beliau menegaskan inovasi berterusan perlu dilakukan bagi memastikan industri pertahanan mampu bersaing.

“Kita menyediakan kemudahan permohonan peruntukan R&D yang terbuka kepada semua syarikat tempatan. Ini bagi menambah baik dan membuat inovasi kepada produk pertahanan mereka,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawap persoalan tambahan Dato’ Bakhtiar Wan Chik (PH – Balik Pulau) berhubung kesediaan kerajaan untuk melabur dalam R&D dan inovasi produk-produk pertahanan dan keselamatan.

Dalam pada itu, Khaled turut menjelaskan tumpuan pelaburan R&D ini merangkumi pelbagai bidang termasuk pengeluaran komponen serta syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO). Kerajaan mahu syarikat tempatan menjadi pengeluar produk yang lengkap.

Selain itu, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dipertanggungjawabkan untuk merangsang penyelidikan inovasi pertahanan. STRIDE akan menyediakan platform kolaborasi antara pihak awam serta swasta.

“Kita memberi tanggungjawab kepada STRIDE untuk merangka pembangunan dron pertahanan negara. Ini bagi memastikan kita bersedia menghadapi ancaman peperangan moden,” jelas beliau lagi.

Usaha pelaburan ini dilihat sebagai komitmen kerajaan dalam memperkukuh kedaulatan teknologi nasional. – airtimes.my

#AirTimes #PertahanaKeselamatan #MINDEF #DIPN #ParlimenMalaysia

KATA KUNCI : Air Times News NetworkAngkatan Tentera Malaysia (ATM)MalaysiaMINDEFPertahanan Keselamatan

Leave a Reply