Home Pertahanan dan Keselamatan Pembelian kapal MPMS APMM kedua antara agenda lawatan PM ke Türkiye

Pembelian kapal MPMS APMM kedua antara agenda lawatan PM ke Türkiye

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 7 JAN- Perolehan kapal pelbagai misi (MPMS) kedua untuk Maritim Malaysia (APMM) akan dimeterai Malaysia dan Türkiye dalam agenda lawatan Perdana Menteri ke sana.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Türkiye dari 6 hingga 8 Januari 2026, atas jemputan Presiden Republik Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Lawatan ini adalah untuk membalas lawatan rasmi Presiden Erdogan ke Malaysia pada Februari 2025.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran beberapa dokumen penting, Memorandum Persefahaman (MoU) termasuk pembelian kapal MPMS.

Bagi kapal MPMS adalah penyerahan Surat Penerimaan untuk pembelian sebuah kapal kedua.

“Dokumen lain adalah MoU mengenai kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, kerjasama antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pejabat Pelaburan dan Kewangan Presidensi Republik Turki.

“MoU mengenai kerjasama antara EXIM Bank Malaysia dan Turk Eximbank dan Memorandum Persefahaman dan kerjasama antara Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dan Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA),” ujar kenyataan media tersebut.

Kedua-dua pemimpin akan mempengerusikan mesyuarat pertama Malaysia-Turki Majlis Strategik Tinggi (HLSC).

HLSC berfungsi sebagai platform untuk mengkaji semula kerjasama dua hala, menilai inisiatif yang sedang berjalan, dan meneroka peluang baru untuk kerjasama.

Sebagai sebahagian daripada program, Perdana Menteri akan menyertai Mesyuarat Meja Bulat Perniagaan bersama ketua-ketua industri terkemuka Turki untuk mempromosikan peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia.

Beliau juga akan menyampaikan syarahan awam bertajuk ‘Peralihan Kuasa: Pilihan Strategik untuk Malaysia dan Türkiye dengan kerjasama kumpulan pemikir terkemuka Türkiye, SETA, yang menggariskan keutamaan dasar luar Malaysia dan meneroka peluang kerjasama yang lebih selaras dengan negara tersebut.

Lawatan rasmi ini menekankan komitmen berterusan Malaysia untuk memperdalam hubungan dengan Türkiye selepas pemerkasaan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022.

Sementara itu sebagai imbasan, Malaysia sebelum ini telah memeterai perolehan MPMS pertama bernilai RM304 juta dari Türkiye.

Perolehan MPMS ini dimeterai di Putrajaya semasa lawatan Presiden Türkiye, Tayyep Edrogan ke Malaysia pada Februari tahun lalu.

Penyerahan Surat Setuju Terima pula dilakukan kerajaan pada bulan Mac manakala kerja pembinaan dimulakan (keel laying) pada Ogos tahun sama.

Pembinaan MPMS pertama sedang berjalan mengikut jadual dengan kapal dijangka diserah dan dioperasikan APMM pada pertengahan tahun hadapan. -airtimes.my

#Airtimes #MPMS #APMM #Maritim #Industripertahanan #Pertahanan #Turkiye #Malaysia

KATA KUNCI : APMMMaritimMPMSTurkiye

Leave a Reply