Home Pertahanan dan Keselamatan Pelantikan Jeneral Tan Sri Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan – MENHAN

Pelantikan Jeneral Tan Sri Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan – MENHAN

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyatakan pelantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera baharu ditangguhkan.

“Pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 mengenai pelantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hafizuddeain yang juga Panglima Tentera Darat ke-30 sebelum ini telah diarahkan bercuti, berdasarkan kenyataan 27 Disember lalu.

“Ini bagi membolehkan proses siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang telah dilaporkan melibatkan beliau,

“Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa segala langkah yang dilaksanakan ini bertujuan menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara integriti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sambil memastikan tugas mempertahankan kedaulatan negara terus dilaksanakan dengan berkesan,” kata Khaled.

Terdahulu, Menteri Pertahanan mengumumkan pelantikan Leftenan Jeneral Dato’ Azhan Md Othman, Ketua Staf Markas ATM sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuatkuasa 1 Januari 2026.

Dalam kenyataan yang sama, Khaled menyatakan pemangkuan tugas Panglima Angkatan Tentera seperti yang diumumkan pada 27 Disember lalu akan terus dilaksanakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #pertahanan

KATA KUNCI : #AirTimes #Malaysia #pertahanan

Leave a Reply