Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia adalah rakan kongsi, bukan sekadar pasaran eksport aset ketenteraan – Turkiye – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia adalah rakan kongsi, bukan sekadar pasaran eksport aset ketenteraan – Turkiye

Malaysia adalah rakan kongsi, bukan sekadar pasaran eksport aset ketenteraan – Turkiye

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 21 FEB – Turkiye menolak tanggapan bahawa Malaysia sekadar pasaran eksport bagi industri pertahanannya, sebaliknya menegaskan hubungan kedua-dua negara berkenaan sebagai rakan kongsi strategik.

Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel berkata, kerjasama pertahanan antara Malaysia-Turkiye bukan hanya melibatkan jual beli aset ketenteraan, malah turut merangkumi pemindahan teknologi dan pembangunan bersama.

“Saya ingin menyatakan bahawa kami (Turkiye) melihat Malaysia sebagai rakan kongsi. Ia bukan sebuah pasaran, kadangkala ada yang mengatakannya sebagai pasaran Malaysia, namun itu tidak benar.

“Kami ingin menjadi rakan kongsi Malaysia supaya kami dapat bekerjasama untuk manfaat lebih besar di rantau ini,” katanya pada Jumaat, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Yuksel memaklumkan, Turkiye bersedia untuk menampilkan kehadiran lebih menonjol di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA 2025) dengan penyertaan lebih 40 syarikat pertahanan negaranya.

“Satu tradisi bagi kami (syarikat pertahanan Turkiye) untuk sentiasa menyertai LIMA Langkawi. Seingat saya, dua tahun lepas, kira-kira 40 syarikat kami terlibat dalam pameran berkenaan.

“Tahun ini, saya jangkakan (syarikat terlibat) tidak kurang daripada itu. Kemungkinan besar sekitar jumlah itu juga, mungkin lebih. Beberapa pegawai kanan Turkiye juga dijangka menghadiri LIMA 2025,” tambahnya.

Dalam pada itu, Yuksel berkata, beliau yakin bahawa LIMA 2025 akan membuka lebih banyak ruang untuk Malaysia dan Turkiye meneroka potensi kerjasama yang lebih luas, khususnya dalam pembangunan industri pertahanan.

Ujarnya, antara syarikat pertahanan terkemuka Turkiye yang berpotensi hadir termasuk Turkish Aerospace, Aselsan, Roketsan dan Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM).

Untuk rekod, LIMA 2025, yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 di Langkawi, Kedah, ini merupakan salah satu pameran pertahanan udara dan ketenteraan laut terbesar di Asia.

Acara dwitahunan ini menjadi platform utama bagi negara dan syarikat industri pertahanan untuk mempamerkan teknologi terkini serta menjalin kerjasama strategik dalam bidang keselamatan dan pertahanan. -airtimes.my

#Turkiye #Malaysia #Asetketenteraan #pertahanan #MINDEF #LIMA2025

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?