KUALA LUMPUR, 31 DIS– Kementerian Pertahanan memaklumkan kajian mendalam mengenai aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pertahanan masih dalam tempoh pelaksanaan.
Kajian tersebut bertujuan mempertingkatkan ketepatan serangan dan mengoptimumkan penggunaan sumber dalam pengoperasian ketenteraan.
Justeru, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited untuk memperkasakan pembangunan senjata pintar termasuk penggunaan AI dalam pelbagai aplikasi bagi meningkatkan keberkesanan operasi.
“Usaha dan inisiatif pemodenan serta pemerkasaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan dalam memastikan ATM sentiasa siap siaga dalam mempertahankan kedaulatan negara dalam persekitaran ancaman yang kompleks dan mencabar,” nyata Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hal ini, bertepatan komitmen Kementerian dalam pemodenan dan pemerkasaan asset ketenteraan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan yang menekankan pembangunan keupayaan seperti Cyber Electromagnetic Activities (CEMA), Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaisance (ISTAR), Komunikasi Satelit dan Network Centric Operation (NCO) selain memperkasakan domain darat, maritim dan udara.
“Teknologi seperti dron, AI, NCO dan komunikasi satelit sedang digunakan oleh ATM dalam pelbagai operasi darat, maritim dan udara pada masa ini,” kata Khaled Nordin.
Dengan itu, penggunaan aplikasi AI dalam keselamatan siber adalah bagi mengesan, mencegah, dan bertindak balas terhadap serangan siber serta memproses data dari pelbagai sumber dalam mengenal pasti corak dan ancaman.
“Pengembangan teknologi strategik seperti sistem tanpa pemandu, teknologi angkasa, dan senjata pintar juga diberi penekanan,” ujarnya.
Dalam pada itu, latihan bersama, pertukaran teknologi, dan inisiatif pembangunan bersama antara yang memperkukuhkan kerjasama pertahanan dengan negara luar.
“Malaysia aktif menyertai platform serantau dan global seperti ASEAN Defence Arrangement (FDPA) dan sidang meja bulat Responsible Artificial Intelligence in Military Domain (REAIM),” nyata Khaled Nordin.
Ini termasuk program kerjasama pertahanan secara bilateral dengan pelbagai negara sahabat dalam memastikan negara di barisan hadapan dalam penggunaan teknologi ketenteraan terkini.
Di samping, Kerajaan berusaha memastikan penggunaan AI dijalankan secara bertanggungjawab dan selaras dengan etika antarabangsa menerusi pelbagai program pembangunan bakat dan kolaborasi dengan institusi akademik dan industri.
Dengan langkah-langkah berikut, Kementerian Pertahanan berkomited bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara melalui pemodenan aset ketenteraan dan penggunaan teknologi canggih. -airtimes.my
#AirTimes #Pertahanan #ATM #ArtificialIntelligence #AI #Malaysia