ULU TIRAM, 28 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD, Para) telah melaksanakan Eksesais Urban Hornbill siri 1/24 di Zulkiple’s Urban Combat Village (ZUCoV) mulai 8 hingga 17 Ogos lalu.
10 Briged (Para) memaklumkan, latihan yang melibatkan seramai 5 orang pegawai dan 109 anggota itu adalah memfokuskan pelaksanaan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA).
Menurutnya, eksesais ini telah dirangka secara terperinci menggabungkan fasa perancangan, persiapan dan pelaksanaan latihan.
Ia akan menguji kemahiran dan leadership di setiap peringkat anggota Rapid Deployment Force (RDF) – OBUA di dalam senario peperangan yang relevan pada masa kini iaitu Hybrid Warfare.
“Eksesais ini dimulakan dengan Pre-Deployment Training (PDT) OBUA seperti Rapid Drill Exercise (RDX), OBUA Drill Exercise (ODX) yang merangkumi Weapon Handling, Platoon Battle and Section Battle Drill,
“Tactical Exercise Without Troops (TEWT) juga dilaksanakan pada peringkat Kompeni bagi meningkatkan kemahiran serta pemahaman anggota dalam tugas dan pelaksanaan OBUA,
“Di akhir eksesais, Hot Wash-Up yang melibatkan setiap peringkat kepimpinan sehingga Pegawai Memerintah untuk memberikan pandangan dan langkah penambahbaikan pada masa akan datang,” jelas 10 Bgd Para menerusi hantaran di laman media sosialnya, hari ini.
Tambah 10 Bgd Para, eksesais ini adalah selari dengan Direktif Latihan 2024 Panglima 10 Bgd (Para) yang menjuruskan kepada pengekalan kompetensi setiap Paratrooper dalam Core Business iaitu berlatih untuk berperang. -airtimes.my
#pertahanan #TDM #10bgdpara #obua #8RRD #airtimes