Home Pertahanan dan KeselamatanTentera DaratEks Semangat Bersatu: Tentera Darat Malaysia, Singapura uji tahap kecekapan peperangan konvensional

Eks Semangat Bersatu: Tentera Darat Malaysia, Singapura uji tahap kecekapan peperangan konvensional

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KLUANG, 21 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Singapura terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama bilateral menerusi Eksesais Semangat Bersatu Siri 28/2024.

Menerusi satu hantaran, TDM memaklumkan, eksesais yang berlangsung bermula 19 hingga 28 Ogos 2024 itu bertujuaan memperkukuhkan kebolehoperasian antara kedua-dua angkatan tentera menerusi latihan peperangan konvensional yang menekankan aspek operasi ofensif.

Jelasnya, eksesais yang dianjurkan oleh Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) dari TDM melibatkan anggota 5th Singapore Infantry Regiment (5th SIR) dari 2nd Singapore Infantry Brigade (2nd SIB), TDS yang berpangkalan di Kem Kranji, Singapura.

“Eksesais ini menyediakan platform bagi mempersiapkan TDM menghadapi cabaran masa hadapan dengan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura,

“Keupayaan ketenteraan kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam memupuk persefahaman dan kerjasama strategik melibatkan pelbagai latihan taktikal termasuk serangan batalion dan prosedur ketenteraan yang telah dirancang secara terperinci,” jelas TDM dalam hantaran di laman Facebooknya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf – Staf Am, Brigedier Jeneral Tan Cheng Kwee di Kem Batu Tiga, pada Selasa.

Dalam majlis tersebut, turut menyaksikan upacara Pemakaian Armbands kepada elemen-elemen utama sepanjang eksesais dijalankan dan Simbolik Penyerahan Bendera Kompeni 5th SIR kepada Pegawai Memerintah 5 Rejimen Askar Melayu DiRaja (5 RAMD) iaitu Leftenan Kolonel Mohd Shahrul Nizam Hamidon serta diakhiri dengan pertukaran cenderahati kedua-dua negara. -airtimes.my

#airtimes #TDM #Malaysia #Singapura #eksesais #bilateral

Related Articles

Leave a Reply