Home Semasa Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway dan Sepanyol kerana iktiraf Palestin

Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway dan Sepanyol kerana iktiraf Palestin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 MEI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol kerana akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Beliau berkata, ketiga-tiga negara itu memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol tatkala memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan,

“Niat murni negara-negara ini jelas terpacul saat diumumkan keputusan tersebut, dan ini bukti nyata bahawa mereka memperaku hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri,

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua timur tengah,” jelasnya dalam satu hantan di laman Facebooknya, hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Anwar truut menggesa negara-negara lain yang belum berbuat demikian perlu memahami fakta bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin.

Tegasnya, usaha Palestin dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi.

“Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan yang bermakna buat rakyat Palestin,” tambahnya.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan bahawa ketiga-tiga negara itu membuat pengumuman akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi mulai 28 Mei 2024.

Sementara itu, laporan media oleh Al Jazeera pula menyatakan bahawa di peringkat global, 143 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. -airtimes.my

#DSAI #Palestin #iktiraf #malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply