Home SemasaGlobal Kapal tangki minyak dari Rusia ke China terkena bedilan Houthi

Kapal tangki minyak dari Rusia ke China terkena bedilan Houthi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 MEI – Sebuah kapal tangki minyak yang mengibarkan bendera Panama telah terkena bedilan misil anti kapal kumpulan Houthi.

Kapal yang dikenali sebagai M/T Wind itu merupakan kapal tangki minyak yang dimiliki oleh Greek.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak Pusat Pemerintahan Amerika Syarikat (US Centcom) dalam satu kenyataan.

“Bedilan misil tersebut telah menyebabkan kapal mengalami kebocoran dan kehilangan kuasa untuk meneruskan pelayaran,

“Sebuah kapal tentera bersekutu telah menerima isyarat kecemasan dari M/T Wind,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, pihak M/T Wind tidak meminta sebarang bantuan secara fizikal kerana anak kapal mereka telah berjaya menstabilkan semula kapal.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan M/T Wind meneruskan pelayaran mereka ke destinasi,” kata US CENTCOM.

Tambahnya, M/T WIND baru-baru ini telah berlabuh di Rusia dan sedang dalam perjalanan ke China. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Yaman

Related Articles

Leave a Reply