KUALA LUMPUR, 3 Apr – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual bagi mengelakkan isu seperti penjualan stoking tertera kalimah Allah berulang pada masa akan datang.
“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah 2 kali,
“Saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima mengadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan di Istara Negara, hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam sesi mengadap yang berlangsung selama 15 minit itu, Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.
Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda sekali lagi menegaskan jangan ada mana-mana pihak mengambil kesempatan ke atas perkara tersebut, termasuk menghasut rakyat.
“Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Seri Paduka Baginda.-airtimes.my
#semasa #stoking #airtimes #DaulatTuanku #Malaysia #KKMart