Home Pertahanan dan Keselamatan MINDEF pastikan perolehan aset mengikut keperluan pengguna

MINDEF pastikan perolehan aset mengikut keperluan pengguna

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan memastikan pembelian aset-aset pertahanan yang dilaksanakan melalui government-to-government (G2G) mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, rundingan hanya dilaksanakan dengan syarikat yang dipilih oleh kerajaan negara berkenaan setelah kementerian membuat keputusan berkaitan keupayaan dan kewangan syarikat serta ketetapan spesifikasi pengguna.

“Namun, perkara ini juga bergantung kepada siling peruntukan yang ditetapkan oleh agensi pusat,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dari Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang ingin mengetahui bagaimanakah pencapaian terhadap usaha Kerajaan Madani untuk mengelakkan orang tengah dalam pembelian aset-aset pertahanan negara melalui pendekatan G2G yang lebih telus dan bertanggungjawab serta menjimatkan kos.

Menurutnya, perolehan secara G2G yang dilaksanakan oleh MINDEF pada masa ini, dilaksanakan berdasarkan Memorandum of Understanding (MoU) yang dibuat dengan kerajaan negara yang berkenaan.

“Seterusnya kerajaan negara berkenaan akan mengenalpasti Original Equipment Manufacturer (OEM) atau syarikat yang mempunyai keupayaan untuk berkontrak dengan pihak Kementerian,

“Pendekatan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penglibatan orang tengah serta elemen monopoli keterlaluan dalam mendapatkan anggaran harga dan spesifikasi bagi sesuatu perolehan,” ujarnya lagi.-airtimes.my

#airtimes #pertahanan #G2G #Malaysia #perolehan

Related Articles

Leave a Reply