Home Pertahanan dan Keselamatan FIC G2000 Mk II punyai kelebihan sendiri berbanding bot lain dalam TLDM – Menteri Pertahanan

FIC G2000 Mk II punyai kelebihan sendiri berbanding bot lain dalam TLDM – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 APR – Pemilihan bot pemintas laju, Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 Mk II mempunyai kelebihan tersendiri berbanding bot-bot sedia ada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pekara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penyataan jawapan lisan di Dewan Negara.

“FIC G2000 Mk II ini mempunyai banyak kelebihan berbanding bot-bot pemintas laju sedia ada milik TLDM,” katanya bagi menjawab soalan Senator Dato’ Kesavadas A.Achyuthan Nair.

Jelas Menteri Pertahanan, kelajuan FIC G2000 Mk II adalah 50 knot dan mempunyai jarak pelayaran melebihi 300 batu nautika. Selain itu, aset ini mampu beroperasi selama 3 hari di laut tanpa ulang bekal.

Bot ini juga dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) yang dilengkapi dengan mesingan berat 12.7 mm.

“Sistem ini membolehkan penembakan dilakukan daripada dalam FIC itu sendiri tanpa perlu ada operator mengawal senjata di luar bot,

RCWS merupakan penambahbaikan FIC G2000 Mk II berbanding model sebelumnya.

“Selain itu, sistem ini dapat menentukan TLDM berupaya melaksanakan penembakan dengan tepat sama ada dalam keadaan statik mahupun bergerak. Ia mampu dioperasikan sama ada pada waktu siang ataupun malam,” jelas Menteri Pertahanan dalam penyataan Jawapan Lisan Dewan Negara.

Selain daripada itu, FIC G2000 Mk II  ini dilengkapi dengan Electro Optical System yang membolehkan pengawasan melebihi 10 kilometer tanpa mengira waktu.

Pada masa yang sama, bot ini turut dilengkapi dengan Non-Lethal Weapon yang terdiri daripada Acoustic Hailing Device bagi memberikan amaran dan pengusiran dilakukan terhadap bot-bot nelayan asing secara efektif.

FIC G2000 Mk II turut mempunyai dek kerja yang luas yang membolehkan aset ini untuk membawa peralatan tambahan bagi tujuan operasi lain.

Tegas Menteri Pertahanan, kesemua elemen-elemen kelebihan FIC G2000 Mk II merupakan penambahbaikan yang dilakukan TLDM daripada bot-bot pemintas laju yang sedia ada dalam angkatan laut negara.

Khaled Nordin menyatakan TLDM telah menerima 6 unit FIC G2000 pada tahun 2021 dengan kos bernilai RM83.16 juta.

Jelasnya, perolehan tersebut dilaksanakan mengikut Pelan Transformasi Armada 15-to-5 TLDM serta bertindak sebagai force multiplier di dalam menangani ancamanancaman bukan tradisional dan jenayah rentas sempadan.

FIC G2000 Mk II mempunyai kelajuan melebihi 50 knot.

“Ia terbukti efektif semasa pengoperasiannya di dalam Operasi Benteng,

“Berlanjutan daripada itu, skop kontrak telah diperluaskan dengan penambahan kuantiti kepada 13 unit FIC G2000 Mk II dengan tambahan nilai kontrak sebanyak RM197 juta,

“Pembinaan dilaksanakan secara berfasa iaitu 4 unit pada fasa pertama dan 4 unit lagi pada fasa kedua untuk Markas Pemerintahan Armada Timur,

“Manakala 5 unit lagi pada fasa ketiga untuk Markas Pemerintahan Armada Barat. Pihak pembekal perolehan aset ini adalah Gading Marine Industry Sdn Bhd (GMISB),” kata Menteri Pertahanan dalam penyataan jawapan lisan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #MenteriPertahanan #FIC #G2000 #GadingMarine

Related Articles

Leave a Reply