Home Pertahanan dan KeselamatanTentera UdaraPanglima Tentera Udara Diraja Thailand terima Sayap Penerbangan Kehormat TUDM

Panglima Tentera Udara Diraja Thailand terima Sayap Penerbangan Kehormat TUDM

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Panglima Tentera Udara Diraja Thailand (Royal Thai Air Force, RTAF), Air Chief Marshal Punpakdee Pattanakul telah menerima Sayap Penerbangan Kehormat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

TUDM memaklumkan, pemakaian sayap tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM di Wisma Pertahanan bersempena Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Malaysia pada Khamis.

Menurut TUDM, pemakaian sayap tersebut adalah sebagai simbolik penghargaan dan mengiktiraf kerjasama dua hala yang terjalin diantara kedua-dua angkatan udara.

Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah diberikan penghormatan menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari TUDM yang terdiri daripada 3 pegawai dan 37 anggota diketuai oleh Mejar Muhammad Syafiq Fikry Rosley TUDM.

Sebelum itu, ketibaan Commander-In-Chief RTAF serta delegasi pada Rabu di Pangkalan Udara Subang telah disambut oleh Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada Ismail TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.

Beliau turut diiringi isteri, Mrs. Montira Pattanakul yang hadir bagi program anjuran Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara sepanjang lawatan ini berlangsung.

Tambah TUDM, bagi meraikan kehadiran Commander-In-Chief RTAF serta delegasi, Panglima Tentera Udara turut menganjurkan Majlis Makan Malam Rasmi yang diadakan di Penthouse Wisma Perwira ATM.

“Dalam majlis tersebut, Panglima Tentera Udara telah menzahirkan ucapan penghargaan kepada Commander-In-Chief RTAF dan isteri di atas kesudian melawat Malaysia amnya dan TUDM khususnya,

“Lawatan ini turut menjadi bukti hubungan kerjasama antarabangsa yang sedia terjalin erat di antara kedua-dua pihak dan berharap diplomasi pertahanan akan terus kekal berterusan demi memelihara keamanan serta kepentingan serantau,” jelas TUDM lagi. -airtimes.my

#pertahanan #TUDM #Malaysia #Thailand

Related Articles

Leave a Reply