Home Semasa #Semasa: 85 peratus keluar mengundi awal setakat jam 1 tengah hari – SPR

#Semasa: 85 peratus keluar mengundi awal setakat jam 1 tengah hari – SPR

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Peratusan keluar mengundi bagi undi awal di 6 negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah 85 peratus setakat jam 1 tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Terengganu merekodkan peratusan tertinggi pengundi iaitu 85 peratus, diikuti Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 83 peratus.

Sementara itu Kedah pula merekodkan 81 peratus dan Pulau Pinang  mencatatkan 80 peratus.

SPR turut memaklumkan, Selangor telah mencatatkan sebanyak 55 peratus undi, manakala PRK Parlimen Kuala Terengganu pula sebanyak 80 peratus setakat tengah hari tadi.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di 6 negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka 3 pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply