Home Pertahanan dan Keselamatan KM MULIA kembali perkukuh operasi Maritim Malaysia

KM MULIA kembali perkukuh operasi Maritim Malaysia

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 16 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor hari ini menerima Kapal Maritim (KM) MULIA setelah selesai menjalani repowering jentera utama dan refit selama 16 bulan.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, kejayaan projek repowering jentera utama dan refit ini adalah bagi memastikan aset APMM sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bersiap sedia menjaga keselamatan perairan negara.

Menurutnya, dengan adanya KM MULIA yang akan kembali beroperasi, ia mampu membantu APMM memperkukuhkan lagi pengoperasian agensi ini seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di perairan negeri Johor sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

“KM MULIA yang telah siap dibaikpulih sepenuhnya pada 18 April lalu berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 7 hari tanpa ulang bekal serta mampu mencapai kelajuan 20 knot,

“Kapal peronda yang dibina pada tahun 1970an ini juga dilengkapi dengan sebuah bot jenis rigid hull inflatable boat (RHIB) serta didatangkan bersama radar i band bagi memastikan pemantauan secara meluas dilaksanakan selain boleh memuatkan 24 orang anak kapal dalam satu-satu masa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan KM MULIA bagi perolehan repowering jentera utama dan refit APMM,di di Jeti Maritim Sungai Pulai, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Harun.

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap KM MULIA akan mampu memberikan outcome dan nilai pulangan pelaburan (ROI) kepada kerajaan melalui penguatkuasaan yang bakal dijalankan kelak.

“Selain itu, KM MULIA juga mampu mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan yang berlaku di kawasan perairan negara khususnya di Selat Melaka,” jelasnya lagi.-airtimes.my

#APMM #keselamatan #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply