Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Mohon pengampunan Najib, UMNO guna ‘desakan politik’ – Muhyiddin

Mohon pengampunan Najib, UMNO guna ‘desakan politik’ – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Apr – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Seri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berusaha mendapatkan pengampunan diraja untuk bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘desakan politik’.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, permohonan pengampunan melibatkan prosedur tertentu dan PN faham bahawa ia di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan.

“Setahu saya siapa yang boleh mohon, namun dia (UMNO) menggunakan desakan politik,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Walaubagaimana pun, Muhyiddin enggan mengulas berkenaan kemungkinan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan Najib selepas Anwar berkata beliau akan turut berada dalam lembaga tersebut.

Semalam, Anwar menyangkal akan wujudnya konflik kepentingan dalam penglibatannya kerana keputusan akhir sama ada untuk memberikan pengampunan atau tidak kepada bekas perdana menteri itu adalah di bawah bidang kuasa tunggal Yang di-Pertuan Agong.

Pada 7 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh untuk Najib.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, MKT juga akan mempersembahkan warkah rayuan kepada baginda beserta memorandum ditandatangani semua pimpinan Umno daripada 191 bahagiannya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply