Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Mudah sebenarnya nak buat cerita daripada sekeping gambar – Radzi selar MP PH

Mudah sebenarnya nak buat cerita daripada sekeping gambar – Radzi selar MP PH

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Dakwaan 3 pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) tiada semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada sebelah pagi Selasa adalah tidak berasas.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pemimpin terbabit iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya hadir ketika mesyuarat berkenaan.

“Saya berada sebaris dengan mereka di dalam Dewan Rakyat dan melihat sendiri bahawa mereka hadir pagi tadi,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membidas hantaran Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengenai tuduhan berkenaan.

Terdahulu, Chean Chung menerusi hantaran di media sosialnya mempersoalkan adakah kesemua pemimpin terbabit lebih sibuk dari Perdana Menteri sehingga tidak dapat menghadiri Parlimen.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi menambah, dakwaan yang dibuat itu adalah tidak wajar.

Beliau turut memuat naik gambar yang memaparkan ketiadaan sebahagian besar Ahli Parlimen daripada blok kerajaan ketika mesyuarat berkenaan pada sebelah petang.

“Mudah sebenarnya nak buat cerita daripada sekeping gambar dalam Dewan Rakyat ni,

“Contohnya, gambar ini. Saya ambil gambar blok Menteri dan Timbalan Menteri pada jam 4.16 petang ketika Ketua Pembangkang sedang berbahas,” katanya lagi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply