TOKYO, 14 Feb – Jepun sasar meterai perolehan 500 peluru berpandu Tomahawk dari Amerika Syarikat pada tahun ini.
Peruntukan sebanyak US$1.6 bilion sedang dipertimbangkan oleh pihak parlimen Jepun bagi tujuan perolehan itu.
Menurut laporan Nikkei Asia, misil yang diimpikan oleh Tokyo itu akan digunakan pada kapal-kapal perang yang dilengkapi dengan sistem pertahanan misil AEGIS.
“Misil akan mula oleh pasukan pertahanan Jepun secara berperingkat pada tahun 2026 sebelum mencapai kapasiti penuh pada tahun 2027,” kata laporan itu.
Perolehan yang dirancang oleh Jepun merupakan pembangunan keupayaan untuk melancarkan serangan balas. Selain daripada itu, Jepun turut menggariskan kemampuan untuk menggempur sasaran yang mengancam negara itu.
“Kementerian Pertahanan Jepun turut menimbangkan untuk menambah jarak serangan misil Type 12 untuk melebihi 1,000 kilometer.,
“Tokyo berhasrat untuk menambah kemampuan pasukan pertahanan dengan melakukan pembelian misil dari negara luar sehingga Type 12 dihasilkan secara skala besar,” katanya. – airtimes.my