Home PolitikBarisan Nasional Baru terima surat penggantungan, tapi tiada sebab dinyatakan – Hishammuddin

Baru terima surat penggantungan, tapi tiada sebab dinyatakan – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegsahkan beliau baru sahaja menerima surat rasmi penggantungan keahliannya selama 6 tahun daripada UMNO.

Namun, beliau menjelaskan, surat berkenaan tidak dinyatakan sebab musabab penggantungannya.

Bekas naib Presiden UMNO memaklumkan perkara itu selepas menerima surat penggantungan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, hari ini.

“Baru sahaja menerima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya,

“Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya, hari ini.

Bekas naib Presiden UMNO itu turut memuatnaik surat penggantungan keahliannya yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam surat yang bertarikh 30 Januari itu, Ahmad Maslan hanya menyatakan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Januari 2023 telah memutuskan bahawa Datuk Seri digantung hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana tindakan Datuk Seri melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

“Penggantungan ini adalah selama tempoh 6 tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” tulis surat berkenaan.

Pada Jumaat lalu, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dipecat oleh parti itu.

Manakala Hishammuddin, beberapa pemimpin lain turut digantung keahlian selama 6 tahun termasuk bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply