Home Semasa PRU15: Zahid sahkan tiada kerjasama dengan PN, minta tangguh hantar SD kepada Agong

PRU15: Zahid sahkan tiada kerjasama dengan PN, minta tangguh hantar SD kepada Agong

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan akan menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong petang nanti.

Beliau menegaskan, sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan parti politik bagi membentuk kerajaan baharu berdasarkan kepada hasil rundingan yang bakal dilakukan Jawatankuasa Perundingan.

“Mana-mana kenyataan yang dikeluarkan bahawa BN telah menyertai mana-mana gabungan yang ada adalah tidak benar,

“Ini kerana tidak ada perbincangan terutamanya dengan pihak PN yang kononnya kami telah bersama-sama dengan mereka,

“Segala keputusan hanya akan dibuat setelah Jawatankuasa Perundingan bertemu dengan mana-mana pihak yang mahu membentuk kerajaan,

“Keputusan rasmi akan diputuskan setelah Dewan Tertinggi BN mendengar semua maklum balas daripada perundingan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Tambahnya, jika mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana gabungan yang mahu menyokong mana-mana pihak yang memasukkan BN untuk bersama-sama dengan mereka adalah tidak benar.

Terdahulu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat dan perjumpaan tertutup bersama 26 ahli Parlimen BN yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

Menurut Ahmad Zahid, seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir di Hotel Seri Pacific manakala 2 lagi Ahli Parlimen tidak sihat.

“Kami telah memutuskan ketetapan dan arahan parti yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN adalah merupakan arahan tetap standing order yang wajib diikuti oleh semua ahli parti,

“Ini kerana kita bertanding atas tiket BN,” tambahnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga memohon Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan dokumen SD.

“Hari ini kami ahli-ahli Parlimen BN telah secara sepakat akan menghantar akuan bersumpah kepada surat yang telah dikemukakan oleh speaker Dewan Rakyat mengikut tempoh yang telah ditentukan pada jam 2 petang ini,

“Kita harap speaker Dewan Rakyat dapat melanjutkan sedikit jangka waktu itu bagi pada waktu yang agak lebih fleksibel untuk kami mengemukakan surat akuan,

“Ia hanya boleh dibuat setelah keputusan dan berdasarkan rundingan yang akan kami lakukan dengan mana-mana pihak,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply