Home Politik Istana Negara tangguh kemuka calon PM sehingga jam 2 petang esok

Istana Negara tangguh kemuka calon PM sehingga jam 2 petang esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah perkenan supaya proses bagi ketua parti-parti politik dan gabungan mengemukakan gabungan parti pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 dilanjutkan sehingga jam 2 petang esok (Selasa, 22 November 2022).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan memaklumkan, titah berkenan Baginda itu adalah susulan daripada permohonan-permohonan daripada ketua parti-parti politik dan gabungan yang telah diterima oleh pihak Istana Negara hari ini.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau ‘Caretaker Prime Minister’ berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi kerajaan sementara (carataker govemment),

“Bagindu turut menyeru rakyat untuk terus bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan negara,” titah baginda.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta tempoh masa dilanjutkan bagi menghantar akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen kepada Speaker Dewan Rakyat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata ia susulan setakat ini belum ada rundingan rasmi antara pihaknya dengan parti politik lain bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Permohonan itu dibuat selepas beliau dan pemimpin BN serta Pakatan Harapan (PH) bertemu di Hotel Seri Pasific hari ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply