Home Semasa SPR tangguh pilihanraya di Padang Serai

SPR tangguh pilihanraya di Padang Serai

by M.Daim

PUTRAJAYA, 18 Nov – Pilihanraya di Parlimen Padang Serai tidak akan diadakan pada esok, 19 November 2022.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurutnya, keputusan dibuat selepas SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini.

“SPR telah menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai pada 16 November 2022 (Rabu), berhubung kematian calon Pakatan Harapan mendiang Karupaiya A/L Mutusami,

“Mesyuarat Khas menetapkan bahawa satu PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai perlu diadakan semula,

“Oleh yang demikian proses pengundian di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai, tidak akan diadakan pada Sabtu ini,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Jelas SPR, Hari Penamaan Calon bagi kawasan Parlimen itu akan diadakan pada 24 November.

“Tempoh berkempen adalah ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding,” katanya.

Menurutnya, Hari Mengundi Awal adalah ditetapkan pada 3 Disember manakala Hari Mengudi adalah pada 7 Disember.

Related Articles

Leave a Reply