Home SemasaGlobal Rusia akan teliti keputusan penghakiman MH17

Rusia akan teliti keputusan penghakiman MH17

by M.Daim

MOSKOW, 18 Nov – Kementerian Luar Rusia hari ini menyatakan pihaknya akan menyemak dan menganalisis keputusan penghakiman kes perbicaraan jenayah MH17.

Jurucakap Menteri Luar Rusia, Ivan Nechayev menyatakan setiap perkara akan disemak kerana ianya adalah penting.

“Kami akan mengulas selepas menyemak dokumen penghakiman,

“Seperti yang kita ketahui, setiap perkara mempunyai aspek dan nilainya yang tersendiri,” kata Ivan yang dipetik oleh TASS.

Semalam, Mahkamah Daerah The Hague telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 3 orang tertuduh yang didakwa terlibat dalam insiden tembak jatuh MH17 pada 17 Julai 2014.

Menteri Pertahanan Donetsk pada ketika insiden, Igor Girkin bersama Sergey Dubinsky dan Leonid Kharchenko didapati bersalah kerana terlibat secara langsung dalam aturgerak masuk dan keluar Buk yang menembak jatuh MH17.

Seorang lagi tertuduh, Oleg Pulatov pula dibebaskan.

Mahkamah Belanda turut mengesahkan MH17 telah dihentam dengan misil Buk buatan Rusia berdasarkan serpihan besi yang ditemui pada badan anak kapal serta pesawat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply